JENIS-JENIS AYAT

Ayat Permintaan

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata-kata permintaan seperti minta atau tolong dengan maksud memohon bantuan atau meminta sesuatu.  Contohnya:

1) Minta murid-murid semua bertenang.
2) Tolong angkat sampah ini.
3) Tolong tutup pintu depan.

Ayat Silaan

Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti jemput, mari, sila dan sebagainya dengan maksud mempersilakan atau menjemput seseorang.  Misalnya :-

1) Jemput makan.
2) Mari masuk.
3) Sila duduk.

Ayat Larangan

Ayat larangan sering menggunakan kata-kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan maksud menegah atau melarang seseorang melakukan sesuatu.  Misalnya :-

1) Jangan memandai-mandai!
2) Usah dikenang peristiwa lalu.
3) Tak usah kau datang lagi.

Ayat Suruhan

Ayat suruhan merupakan ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau suruhan.  Subjek berupa ganti nama kedua seperti awak, kamu, engkau dan lain-lain lagi lazimnya digugurkan.  Contohnya :-

1) Tembak anjing gila itu.
2) Pergi dari sini!
3) Basuh pinggan mangkuk!

Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu.  Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu :-

1) Ayat Suruhan
2) Ayat Larangan
3) Ayat Silaan
4) Ayat Permintaan

Pelajar boleh mengikuti perbincangan dan contoh bagi setiap jenis ayat di atas pada entri yang berikutnya.

Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru seperti ah, amboi, cis, eh, syabas, wah dan lain-lain serta diakhiri dengan tanda seru (!) apabila dituliskan.

Contohnya :-

1) Amboi, cantik betul!
2) Cis, terimalah tikaman aku ini!
3) Syabas, engkau telah berjaya!
4) Wah, besar sungguh keretamu!

Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanya seseorang atau untuk menanyakan sesuatu.  Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya boleh digolongkan kepada dua jenis, iaitu :-

A) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

Contohnya :-

1) Dia terkejut?
2) Madu ini masam?
3) Dia ke masjidkah?
4) Kamukah yang menconteng buku itu?

B) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya

Contohnya :-

1) Itu apa?
2) Orang itu siapa?
3) Ibu bapa awak mana?
4) Bilakah kita hendak bertolak ke Negara Thai?

Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu dengan pernyataan atau memberi keterangan sesuatu hal, biasanya diakhiri dengan tanda noktah (.). Misalnya :-

1) Ah Chong sedang tidur.
2) Emak guru.
3) Dia di kedai buku.

KATA MAJMUK

KATA MAJMUK 

1. Kata majmuk terbentuk daripada dua patah kata. 

2. Hasil daripada dua patah perkataan ini membawa makna tertentu. 

3. Contoh kata majmuk:



jam tangan
jalan raya
kereta api
kipas angin
kad undangan
nasi lemak
kapal terbang
sarung tangan
peti sejuk



LATIHAN : KATA MAJMUK

Pilih perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat di bawah.


gambar rajah           matahari              jalan raya        pasaraya 
atur cara          balai raya                lalu lintas            tandatangan


1.   Ramai orang ke _____________________ untuk membeli barang-barang keperluan.
2.   __________________ baharu akan dibina di Taman Sentosa.
3.   Cahaya __________________ pada waktu pagi membekalkan vitamin D.
4.   __________________majlis akan dimulakan sebenar lagi.
5.   ___________________ ini perlu dilukis dalam buku latihan.
6.   Semua murid perlu mendapatkan___________________ daripada ibu bapa.
7.   Mesyuarat itu diadakan di____________________ kampung sekolah.
8.   Kesesakan ____________________ berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi.

AYAT TUNGGAL


1. Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
2. Subjek ialah bahagian yang diterangkan manakala predikat bahagian yang menerangkan.
3. Binaan ayat tunggal menyamai ayat dasar.
4. Kebanyakan ayat tunggal terdiri daripada ayat penyata.

Contoh Ayat Tunggal
1. Karim ialah seorang polis.
2. Buah betik sangat lazat.
3. Cerita itu sungguh sedih.
4. Pemuda itu sangat tampan.
5. Pak Ali terlupa makan ubat.
6. Encik Nordin pergi ke hospital.
7. Johari suka makan durian.
8. Susmita hendak membeli tepung.

KATA KERJA

Kata Kerja

- Kata kerja digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh orang atau
   binatang.
- Contohnya menyanyi, belajar, membaca, memasak , berenang, berlari, berjalan, minum, makan
  dan lain-lain.


Kata Kerja Transitif
- Kata kerja transitif adalah kata kerja yang diikuti oleh objek.

- Contohnya:
   1) Kerani sedang menaip surat.
   2) Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya semalam.
   3) Pegawai polis menangkap pencuri itu.


Kata Kerja Tak Transitif
- Kata kerja transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan objek.

- Contohnya:
   1) Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya melihatnya.
   2) Air sungai di Kampong Sentosa mengalir dengan derasnya.
   3) Mereka akan berbahas dengan Sekolah Kebangsaan Ulu Jempol.



Latihan

Nyatakan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1)    Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.

2)    Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.

3)    Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.

4)    Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.

5)    Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.

6)    Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.

7)    Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.

8)    Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.

9)    Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.

10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.


Contoh jawapan:

1) Mengasah - kata kerja transitif.

PENJODOH BILANGAN


Salam 1 Malaysia.
Cuba baca dialog di bawah....


Pada suatu pagi yang indah, di sebuah rumah yang terletak bersebelahan
dengan sebidang sawah yang padinya sedang menguning.....
Ibu :  Siti, boleh tak Siti tolong ibu hari ini?
Siti :  Boleh, tolong apa bu?
Ibu :  Tolong belikan ibu seikat serai di Kedai Pak Leman.
Siti :  Ibu nak masak apa hari ni?
Ibu :  Rasanya ibu nak masak rendang daging. Sudah lama
         kita tak makan rendangkan?
Siti :  Wah, sedapnya. Tapi tadi Siti nampak ada sebatang
         serai  dalam peti ais. Tak bolehkah ibu gunakan serai 
         itu?
Ibu :  Boleh tetapi ibu nak masak rendang agak banyak
         kerana saudara-mara kita hendak datang ke rumah
         sempena cuti sekolah ni. Kalau kita gunakan sebatang
         serai tentulah tidak mencukupi. Jadi, jika Siti beli seikat
         serai mungkin ada beberapa batang serai dalam ikatan
         itu.
Siti :  Oh, begitu. Baiklah, ibu. Siti pergi ke kedai sekarang.
Ibu :  Berhati-hati, ya.

Baiklah. Apakah yang kamu faham tentang dialog di atas? Ya...tentang penggunaan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan berfungsi....
  • menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal perkara dan manusia.
  • digunakan di hadapan kata untuk menguatkan lagi aspekbilangan.
  • ia perlu disesuaikan dengan konteks ayat.

Cuba kamu perhatikan penggunaan penjodoh bilangan bagi perkataan durian...



     




sebiji durian


                                                                            







sepangsa durian










seulas durian




Cuba jawab soalan-soalan di bawah.
1. Emak mengambil _______durian untuk diberikan kepada   adik yang gemar   
    makan buah durian.

2. Abang menjumpai ________durian yang gugur di dusun datuk.

3. Ayah meletakkan ________ durian di atas meja untuk  diberikan kepada abang
    apabila dia pulang dari pejabat  nanti.

*Penjodoh bilangan bagi perkataan serai.....



sebatang serai


seikat serai


serumpun serai


Cuba jawab soalan-soalan di bawah.

1. Puan Maria membeli ________ serai yang dilonggokkan di atas meja semasa
    pergi ke pasar tani yang terletak berhampiran dengan rumahnya.

2. Petang semalam, ayah menanam __________ serai di belakang rumah.

3. Ibu memasukkan _________serai ke dalam  masakannya agar berbau harum
    dan bertambah lazat.

*Penjodoh bilangan bagi perkataan pisang....




     sebiji pisang



     sesikat pisang



setandan pisang

Cuba jawab soalan-soalan di bawah.

1. Pak Dollah memikul ________ pisang yang dibawa dari kebun di belakang
    rumahnya.

2. Setiap hari, datuk akan makan _______ pisang kerana ia mengandungi banyak
    khasiat dan dapat membekalkan tenaga.

3. Encik Kamal membeli ________ pisang yang dijual di tepi jalan untuk dimakan
    semasa dalam perjalanan ke tempat perkelahan. 

     Inilah sebahagian daripada penggunaan penjodoh bilangan yang perlu difahami oleh semua murid. Penjodoh bilangan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ayat yang dibina. Berikut saya lampirkan beberapa buah buku yang boleh dijadikan panduan murid-murid.




Jangan lupa....ajaklah ibu dan ayah ke kedai buku untuk menambahkan dan memantapkan ilmu tentang..


Kata-kata hikmah untuk hari ini ialah...


KATA SENDI NAMA



DI - Menerangkan tempat atau arah.
Contoh ayat: Kakanya bekerja di Putrajaya. 

KE - Menerangkan tempat, arah, waktu dan masa.
Contoh ayat: Mereka akan ke Klang esok. 

DARI - Menerangkan arah, tempat, waktu, atau masa .
Contoh ayat: Angin kencang bertiup dari selatan.

DARIPADA - Menerangkan punca bagi manusia, haiwan, benda, sumber dan perbezaan.
Contoh ayat: Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima. 

KEPADA - Menerangkan manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan dan perubahan keadaan. Ia tidak boleh digunakan untuk menerangkan sasaran yang merujuk tempat.
Contoh ayat : Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 

PADA - Menerangkan waktu dan tempat, orang, binatang dan benda.
Contoh ayat: Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 

BAGI - Menerangkan kegunaan sesuatu.
Contoh ayat: kereta itu bagi kegunaan pejabat sahaja.

DEMI - Menerangkan tujuan, unsur penegas dan makna urutan kumpulan.
Contoh ayat: Demi keselesaan rakyat,kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan awam.

TENTANG - Menerangkan perihal sesuatu, rujukan sesuata yang umum.
Contoh ayat: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

SEJAK - Hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu atau masa.
Contoh ayat: Mazni sentiasa sugul sejak kematian ibunya. 

SEPERTI SEPERTI/BAGAI/UMPAMA/LAKSANA. - Hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan perbandingan.
Contoh ayat: Hatinya keras seperti batu. 

AKAN - Menerangkan manusia atau haiwan. Kata sendi nama “akan” didahului dengan kata adjektif.
Contoh ayat: Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu. 

TERHADAP - Digunakan di hadapan kata nama sebagai penerang, perlakuan yang dikenakan ke atas penyambut yang tentu iaitu manusia, haiwan atau benda.
Contoh ayat: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. 

OLEH - Hanya digunakan untuk membentuk ayat pasif. Digunakan di hadapan kata nama sebab.
Contoh ayat: Pencuri itu kena tangkap oleh polis. 

HINGGA - Menerangkan masa, tempat atau waktu.
Contoh ayat: Pengawal itu berjaga hingga pagi. 

ANTARA - Menerangkan arah. (jarak yang tidak mempunnyai ruang).
Contoh ayat: Meraka berbincang antara adik-beradik. 

UNTUK - Menerangkan kegunaan sesuatu dan bahagian yang diperuntukkan.
Contoh ayat: Rumah untuk perkerja–perkerja sedang dibina. 

DENGAN - Membawa maksud berserta, cara menggunakan dan pertandinganan.
Contoh ayat: Ani melukis potret itu dengan cat air.

DALAM - Menerangkan jarak lingkunggan yang tidak mempunnyai ruang .
Contoh ayat: Saya tidak terlibat dalam urusan mereka. 

SAMPAI - Digunakan untuk menerangkan masa atau waktu.
Contoh ayat: Anak-anaknya belajar sampai ke peringkat univesiti