LATIHAN TATABAHASA : KATA SERU

KATA SERU

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang
paling sesuai.

1 ________, pedihnya hatiku setelah ditinggalkan kekasih!

A.  Aduh     B. Wah     C. Cis     D. Eh

2 ________, pedihnya perutku kerana tidak bersarapan tadi!

A. Cis         B. Nah      C. Aduh   D. Wahai

3
________ pemuda pemudi, hendaklah kamu menjauhi najis dadah!

A
Amboi
B
Wahai
C
Wah
D
Cis

4
________, lihatlah gambar ini sebagai bahan bukti yang ada pada masa ini!

A
Syabas
B
Aduh
C
Nah
D
Eh

5
_______, pelik betul pakaian kamu lain daripada orang lain!
A Eh
B
Syabas
C
AmboiD Aduhai


6
_______, atas kejayaan merebut Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut!

A
Aduh
B
Wahai
C
Syabas
D
Aduhai

7
_______, bila agaknya tarikh pengumuman keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini!

A
Aduhai
B
Wahai
C
Wah
D
Eh

8
_______, cuba kamu perhatikan wanita yang berbaju merah di hujung sana!

A
Hai
B
Wah
C
Wahai
D
Syabas

9
______, aku tidak bersetuju menjual tanah pusaka itu untuk kegunaan masing-masing!

A
Ah
B
Hai
C
Syabas
D
Aduhai

10
_______, cantik sungguh model kereta Proton Persona keluaran terbaru Syarikat Proton!

A
Oh
B
Wah
C
Aduh
D
Wahai

11
_______, terimalah bayaran wang yang kamu pinta tempoh hari!

A
Nah
B
Cis
C
AduhaiD Celaka

NOTA TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif
ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.

Jenis Kata Adjektif

1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong

2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil

4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemek, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,

7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik