KOLEKSI PANTUN
PANTUN LAGU
Pantun Lagu Joget Pahang
Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan
Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan makbulkan
Pukul gendang kulit kerbau
Dalam majlis tari-menari
Kami ini dagang merantau
Mengharap belas orang di sini
Pantun Lagu Sri Mersing
Seri Mersing lagulah Melayu
Dikarang oleh biduan dahulu
Hatiku rungsing bertambah pilu
Mengenang nasib untung diriku
Tidaklah boleh selandak padi
Sekamlah juga ditumbuk luluh
Tidak boleh kehendak hati
Kehendak Allah juga yang sungguh
Tidaklah boleh dikenang-kenang
Airmataku jatuh berlinang
Karam dilaut boleh kurenang
Karamlah di hati bila nak senang?
Pagi-pagi pergi ke sawah
Hendak ditajak pokok mengkudu
Luka ditangan nampak berdarah
Luka dihati siapa yang tahu?
Asal kapas menjadi benang
Dari benang menjadi kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak yang lain
PANTUN NASIHAT
Orang Jawa mencari benang,
Mencari benang di atas bukit;
Orang jauh jangan dikenang,
Lama-lama jadi penyakit.
Orang mengail di Teluk Bulang,
Apalah umpannya si kulit duku;
Jangan bermain kekasih orang,
Nyawa tersangkut di hujung kuku.
Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun;
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.
Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut patah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut susah datangnya.
Bawa mari ke kedai Cina,
Kerana itu buah dagangan;
Hidup kita biar sempurna,
Kerana dunia ini adalah tumpangan.
Beras kisar mudik ke hulu,
Tanak pulut santan durian;
Tak ada orang menyesal dahulu,
Banyak orang menyesal kemudian.
Bukan tidak saya katakan,
Merbuk biasa makan di papan;
Bukan tidak saya katakan,
Buah mabuk jangan dimakan.
Bukit Jertih berhutan buluh,
Tempat raja pergi memburu;
Minta selisih malaikat empat puluh,
Janganlah saya diberi malu.
Orang hulu memalu nobat,
Nobat dipalu kayu berangan;
Fikir dahulu sebelum buat,
Kalau dibuat menyesal jangan.
Angin teluk menyisir pantai,
Hanyut rumpai di bawah titi;
Biarlah buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati.
Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu;
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu.
Hendak belayar ke Teluk Betong,
Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu;
Murid sentiasa hormatkan guru ,
Kerana guru pembekal ilmu.
PANTUN BERKASIH
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kasih hamba turutkan
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
Petik sayur si daun maman
Makan berulam daun pegaga
Habis tahun berganti zaman
Kasih adinda kunanti jua
Hijau nampaknya Bukit Barisan
Puncak Tanggamus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati takkan hilang
Indra Giri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Ibarat Nabi kasihkan umat
Begitu saya kasihkan tuan
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan?
Burung merbuk membuat sarang
Anak enggang meniti di paya
Tembaga buruk di mata orang
Intan berkarang di hati saya
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan nyawa saya serahkan
Anak campuran Cina-Melaka
Pulang ke rumah di Bukit Pekan
Andai kena dengan cara
Nyawa dan badan saya berikan
Anak ruan tidak terluang
Benang sutera di dalam buluh
Hendak buang tidak terbuang
Sudah mesra di dalam tubuh
Tumbuk padi jadikan emping
Buat juadah teman sebaya
Pipit hendak bertenggek ke ranting
Sudikah enggang bertenggek sama?
Kain cindai dilipat-lipat
Lipat mari tepi perigi
Kalau pandai Tuan memikat
Burung terbang menyerah diri
Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
Koleksi Pantun ini dipetik dari:
Sukma Rindu. mypantun.blogspot
JENIS-JENIS AYAT
Ayat Permintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata-kata permintaan seperti minta atau tolong dengan maksud memohon bantuan atau meminta sesuatu. Contohnya:
1) Minta murid-murid semua bertenang.
2) Tolong angkat sampah ini.
3) Tolong tutup pintu depan.
1) Minta murid-murid semua bertenang.
2) Tolong angkat sampah ini.
3) Tolong tutup pintu depan.
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah
seseorang supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu. Berdasarkan
perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat
jenis, iaitu :-
1) Ayat Suruhan
2) Ayat Larangan
3) Ayat Silaan
4) Ayat Permintaan
Pelajar boleh mengikuti perbincangan dan contoh bagi setiap jenis ayat di atas pada entri yang berikutnya.
1) Ayat Suruhan
2) Ayat Larangan
3) Ayat Silaan
4) Ayat Permintaan
Pelajar boleh mengikuti perbincangan dan contoh bagi setiap jenis ayat di atas pada entri yang berikutnya.
Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru seperti ah, amboi, cis, eh, syabas, wah dan lain-lain serta diakhiri dengan tanda seru (!) apabila dituliskan.
Contohnya :-
1) Amboi, cantik betul!
2) Cis, terimalah tikaman aku ini!
3) Syabas, engkau telah berjaya!
4) Wah, besar sungguh keretamu!
Contohnya :-
1) Amboi, cantik betul!
2) Cis, terimalah tikaman aku ini!
3) Syabas, engkau telah berjaya!
4) Wah, besar sungguh keretamu!
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanya seseorang atau untuk
menanyakan sesuatu. Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan
tertentu, ayat tanya boleh digolongkan kepada dua jenis, iaitu :-
A) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Contohnya :-
1) Dia terkejut?
2) Madu ini masam?
3) Dia ke masjidkah?
4) Kamukah yang menconteng buku itu?
B) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Contohnya :-
1) Itu apa?
2) Orang itu siapa?
3) Ibu bapa awak mana?
4) Bilakah kita hendak bertolak ke Negara Thai?
A) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Contohnya :-
1) Dia terkejut?
2) Madu ini masam?
3) Dia ke masjidkah?
4) Kamukah yang menconteng buku itu?
B) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
Contohnya :-
1) Itu apa?
2) Orang itu siapa?
3) Ibu bapa awak mana?
4) Bilakah kita hendak bertolak ke Negara Thai?
KATA MAJMUK
KATA MAJMUK
1. Kata majmuk terbentuk daripada dua patah kata.
2. Hasil daripada dua patah perkataan ini membawa makna tertentu.
3. Contoh kata majmuk:
jam tangan
|
jalan raya
|
kereta api
|
kipas angin
|
kad undangan
|
nasi lemak
|
| kapal terbang |
sarung tangan
|
peti sejuk
|
LATIHAN : KATA MAJMUK
Pilih perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat di bawah.
gambar rajah matahari jalan raya pasaraya
atur cara balai raya lalu lintas tandatangan
|
1. Ramai orang ke _____________________ untuk membeli barang-barang keperluan.
2. __________________ baharu akan dibina di Taman Sentosa.
3. Cahaya __________________ pada waktu pagi membekalkan vitamin D.
4. __________________majlis akan dimulakan sebenar lagi.
5. ___________________ ini perlu dilukis dalam buku latihan.
6. Semua murid perlu mendapatkan___________________ daripada ibu bapa.
7. Mesyuarat itu diadakan di____________________ kampung sekolah.
8. Kesesakan ____________________ berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi.
AYAT TUNGGAL
1. Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
2. Subjek ialah bahagian yang diterangkan manakala predikat bahagian yang menerangkan.
3. Binaan ayat tunggal menyamai ayat dasar.
4. Kebanyakan ayat tunggal terdiri daripada ayat penyata.
Contoh Ayat Tunggal
1. Karim ialah seorang polis.
2. Buah betik sangat lazat.
3. Cerita itu sungguh sedih.
4. Pemuda itu sangat tampan.
5. Pak Ali terlupa makan ubat.
6. Encik Nordin pergi ke hospital.
7. Johari suka makan durian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
