PENJODOH BILANGAN


Salam 1 Malaysia.
Cuba baca dialog di bawah....


Pada suatu pagi yang indah, di sebuah rumah yang terletak bersebelahan
dengan sebidang sawah yang padinya sedang menguning.....
Ibu :  Siti, boleh tak Siti tolong ibu hari ini?
Siti :  Boleh, tolong apa bu?
Ibu :  Tolong belikan ibu seikat serai di Kedai Pak Leman.
Siti :  Ibu nak masak apa hari ni?
Ibu :  Rasanya ibu nak masak rendang daging. Sudah lama
         kita tak makan rendangkan?
Siti :  Wah, sedapnya. Tapi tadi Siti nampak ada sebatang
         serai  dalam peti ais. Tak bolehkah ibu gunakan serai 
         itu?
Ibu :  Boleh tetapi ibu nak masak rendang agak banyak
         kerana saudara-mara kita hendak datang ke rumah
         sempena cuti sekolah ni. Kalau kita gunakan sebatang
         serai tentulah tidak mencukupi. Jadi, jika Siti beli seikat
         serai mungkin ada beberapa batang serai dalam ikatan
         itu.
Siti :  Oh, begitu. Baiklah, ibu. Siti pergi ke kedai sekarang.
Ibu :  Berhati-hati, ya.

Baiklah. Apakah yang kamu faham tentang dialog di atas? Ya...tentang penggunaan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan berfungsi....
  • menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal perkara dan manusia.
  • digunakan di hadapan kata untuk menguatkan lagi aspekbilangan.
  • ia perlu disesuaikan dengan konteks ayat.

Cuba kamu perhatikan penggunaan penjodoh bilangan bagi perkataan durian...



     




sebiji durian


                                                                            







sepangsa durian










seulas durian




Cuba jawab soalan-soalan di bawah.
1. Emak mengambil _______durian untuk diberikan kepada   adik yang gemar   
    makan buah durian.

2. Abang menjumpai ________durian yang gugur di dusun datuk.

3. Ayah meletakkan ________ durian di atas meja untuk  diberikan kepada abang
    apabila dia pulang dari pejabat  nanti.

*Penjodoh bilangan bagi perkataan serai.....



sebatang serai


seikat serai


serumpun serai


Cuba jawab soalan-soalan di bawah.

1. Puan Maria membeli ________ serai yang dilonggokkan di atas meja semasa
    pergi ke pasar tani yang terletak berhampiran dengan rumahnya.

2. Petang semalam, ayah menanam __________ serai di belakang rumah.

3. Ibu memasukkan _________serai ke dalam  masakannya agar berbau harum
    dan bertambah lazat.

*Penjodoh bilangan bagi perkataan pisang....




     sebiji pisang



     sesikat pisang



setandan pisang

Cuba jawab soalan-soalan di bawah.

1. Pak Dollah memikul ________ pisang yang dibawa dari kebun di belakang
    rumahnya.

2. Setiap hari, datuk akan makan _______ pisang kerana ia mengandungi banyak
    khasiat dan dapat membekalkan tenaga.

3. Encik Kamal membeli ________ pisang yang dijual di tepi jalan untuk dimakan
    semasa dalam perjalanan ke tempat perkelahan. 

     Inilah sebahagian daripada penggunaan penjodoh bilangan yang perlu difahami oleh semua murid. Penjodoh bilangan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ayat yang dibina. Berikut saya lampirkan beberapa buah buku yang boleh dijadikan panduan murid-murid.




Jangan lupa....ajaklah ibu dan ayah ke kedai buku untuk menambahkan dan memantapkan ilmu tentang..


Kata-kata hikmah untuk hari ini ialah...